MOK.Comel rupa. Tajam pemikiran.
Medical card6 min baca

Company Medical Card vs Personal Medical Card: Beza Apa?

Kad nama kau, tapi siapa punya? Ikut kisah Aiman dan lihat apa jadi pada medical card bila kerja berubah.

Komik MOK: Company medical card vs personal medical card, beza apa?

Ramai orang yakin mereka "ada medical card". Kad tu ada dalam dompet, nama sendiri tertera di atasnya. Tapi soalan sebenar bukan ada atau tak ada.

Soalan sebenar: siapa punya, dan sampai bila?

Soalan pantas

Medical card kau sekarang, siapa yang bagi?

Kad nama kau. Polisi, company punya.

Medical card daripada majikan biasanya sebahagian daripada polisi berkumpulan (group policy). Majikan yang beli, majikan yang bayar, dan majikan yang tentukan pakejnya. Kau ahli yang dilindungi, selagi kau bekerja di situ.

Medical card peribadi pula polisi atas nama kau sendiri. Kau pilih pelan, kau bayar premium, dan kau yang pegang kuncinya.

MOK, kucing putih berkaca mata hitam
Macam rumah sewa. Selesa. Tapi kunci, tuan rumah pegang.

3 fakta utama perbezaannya

Tekan Company atau Personal untuk bandingkan.

  • Pemilikan & tempoh

    Company: Milik majikan. Aktif selagi kau bekerja di situ.

  • Kawalan & fleksibiliti

    Company: Ikut pakej majikan. Kau tak pilih pelan, had atau hospital.

  • Kesinambungan perlindungan

    Company: Biasanya tamat bila kau berhenti kerja.

Kisah Aiman: apa jadi bila hidup berubah?

Aiman watak rekaan, tapi ceritanya biasa sangat.

Simulasi interaktif

Kisah Aiman: pilih kad dia

Angka dalam simulasi ini contoh ilustrasi sahaja. Terma sebenar ikut polisi masing-masing.

Perasan tak satu benda? Masalah Aiman bukan sebab dia tak ada medical card. Masalahnya masa. Bila dia paling perlukan perlindungan, dialah orang yang paling susah untuk mendapatkannya.

Bukan sekali. Setiap kali tukar kerja.

Hari ini, jarang orang kekal di satu syarikat sampai pencen. Setiap kali bertukar kerja, ada risiko jurang perlindungan. Dan setiap company card akan berhenti satu hari nanti: bila kau pencen.

Infografik interaktif

Perlindungan kau dari umur 25 hingga 75

Angka dalam simulasi ini contoh ilustrasi sahaja. Terma sebenar ikut polisi masing-masing.

Company card

Kerja 1
Kerja 2
Kerja 3
pencen
Ada cover companyTiada cover (antara kerja & lepas pencen)

Personal card

berterusan, ikut terma polisi

Keperluan rawatan (biasanya naik dengan umur)

253545556575

Dengan 3 syarikat, kau tukar kerja 2 kali. Setiap kali, lebih kurang 2 bulan tanpa company card: 2 × 2 bulan = 4 bulan. Lepas pencen, tambah 15 tahun lagi, iaitu masa keperluan rawatan paling tinggi. Jumlah: 15 tahun 4 bulan tanpa company card.

MOK, kucing putih berkaca mata hitam
Makin tua, makin kerap jumpa doktor. Ada yang rancang sebelum kad dia pencen, ada yang terlepas. Kau yang mana?

Jadi, kena pilih satu je?

Komik MOK: dari segi coverage, siapa bayar dan bila boleh guna, ada tak satu pilihan yang lebih selamat dan fleksibel?

Tak semestinya. Company card bukan musuh. Ia bonus yang berguna: kau tak bayar, dan kadang-kadang ia cover keluarga sekali. Isunya cuma bila ia dijadikan satu-satunya pelan.

Cara ramai orang susun:

Satu lagi perkara yang ramai terlepas: permohonan medical card peribadi biasanya lebih mudah bila kau masih muda dan sihat. Tunggu sampai ada rekod kesihatan, dan pilihan kau mungkin jadi lebih sempit.

Semak diri: medical card kau

Tanda yang kau betul-betul tahu. Jujur. Tiada siapa nampak.

MOK, kucing putih berkaca mata hitam

Nak semak medical card kau sendiri?

Hantar mesej. Kita tengok sama-sama apa yang kad kau cover, bila ia tamat, dan sama ada perlindungan tu ikut kau.